Masuk tahun ni, sudah tiga tahun aku meninggalkan dunia "berasrama" aku. Kali pertama dan terakhir semasa aku bersekolah diperingkat menengah di sekolah teknik di Bukit Mertajam. Teringat lagi, riangnya hati masa permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik diterima. Sekolah yang aku akan masuk tersebut merupakan sekolah teknik berasrama penuh, maksudnya 100% pelajar sekolah itu wajib tinggal diasrama.
Oleh sebab aku pergi kesekolah teknik tersebut dengan kerelaan hati, perasaan teruja dan bangga menyelubungi aku, tak la macam kawan - kawan yang lain yang masuk kesana atas tekanan dan paksaan pihak keluarga, perasaan mereka masing -masing muram dan sedih. Yelakan, tak mahu tinggalkan kehidupan bersama keluarga.
Bagi aku, masa tersebut merupakan masa permulaan untuk aku belajar berdikari untuk memperoleh pengalaman baru dan ternyata banyak perkara baru yang aku tak tahu bila aku tinggal diasrama. Dulu, masa sekolah biasa bolehla mak siap sediakan semua untuk kita dipagi hari, tapi bila dah tinggal diasrama, semuanya diuruskan sendiri.
Pengalaman kali pertama meninggalkan rumah dan hidup diasrama mematangkan aku hidup disana. Yelakan, dulu kat rumah tak pernah nak basuh baju sendiri, kat asrama akulah yang kena buat semua. Basuh baju sendiri, sidai baju dan ambil baju diampaian bila dah kering. Kalau aku malas basuh, berlungguklah baju kotor. Dulu, masa form 4 ada kemudahan dobi tapi bila dah naik tengah tahun, pihak sekolah berikan kemudahan dua mesin basuh untuk satu blok. Lagilah senang hidup.
Di asrama, aku belajar hidup bersosial dengan kawan - kawan. Masa sekolah menengah rendah dulu, aku sosial juga dengan kawan - kawan, tapi bila disekolah teknik, pergaulan aku lebih luas dan bebes. Aku dapat kawan dengan orang yang lebih tua, dapat kenal dunia luar dila keluar jalan dengan kawan dan lain - lain.
Disana juga aku dapat mengecapi erti kebebasan hidup bila keluar outing. Kehidupan yang terkurung membuatkan aku jadi disiplin dengan aktiviti seharian dan berasa nikmat bila dapat keluar dari tahanan. Ala, macam banduan keluar penjara la. Memang seronok.
- Makanan dewan makan tak sedap. Teringat dulu masa sahur pagi, ada sekali depa bagi makan ikan tongkol kering dan sejuk. Ada ke patut.
- Makan nasi tak ada kuah. Sanggup makan nasik berkuahkan air oren, sebab takut tercekik kalau makan nasi tak ada kuah.
- Duduk satu bilik dengan ketua asrama, pengawas asrama. Jadi otai sebab semua orang kuat tinggal sebilik. Semua boleh.
- Teringat dulu, kalau bawak henset mesti jadi cepat gelabah. Yela, barang haram. Mana boleh simpan dan letak merata - rata. Nanti hilang tak pun kena rampas.
- Duit tak ada, pinjam merata - rata kat member. Senang je pinjam, segan bila nak membayar.
- Bab hantu? Rasuk? Meracau? Dah rasa dah semua tu. Ada dulu sekali serangan hantu kat asrama. Laki ke perempuan ke habis kena rasuk. Ayoma.. masa tu aku demam pulak.
- Teman member patah kaki. Kesian dia. Aku dengan dia tinggal berdua dalam bilik tetamu dekat tiga bulan.
- Seronok teringat masa petang - petang. Nasib baik la sekolah kami tak ada prep petang. Hanya ada masa prep malam saja. Memang nikmat tidur petang. Lepas bangun je. keluar ke koridor ambil kain tuala, lambai - lambat kat awek yang on the way pegi dewan makan. Oh, syahdu!
- Time form 5 rasa otai gila. Biasala, dah jadi senior. Tapi aku tak jadi pengawas. Jadi senior memang best dari junior.
- Bulan puasa? Wah, rasa meriah juga walaupun tak berbuka diluar. Dah tak boleh keluar beli lauk berbuka, kami telefon la orang hantar makanan masuk kedalam! Hello McD, beger 10, air 10, fries 1o yer.
- Time paling tak suka bangun pagi. Lewat je bangon, gerenti ustaz naik simbah air kat atas katil. Habis basah tilam. Selalu dorm aku yang kena sebab dorm aku popular.Lalala.. betul tak Khairil?
- Roll Call? Suck! Kerap sangat jadi banduan. Beratur dalam line, lepastu kena caci maki kt depan dengan warden. Adui, sabar jela.
- Yang bestnya, bagi orang yang bercinta kat sekolah dulu, bolehla dating dan berjumpa dengan awek masing - masing masa sembahyang maghrib. Kalau nak clear lagi, turun la sembahyang subuh. Gerenti orang tak kacau. Haha..
- Member aku gila bisnes. Tiap - tiap minggu balik kampung refill stok bisnes dia. Nak apa? Semua ada. Barang halal ada, barang haram pun ada. Huahuaha..
Oleh disebabkan dulu aku tinggal diasrama, segala kerja - kerja remeh dirumah aku boleh dah tolong, tapi bila cuti je aku malas nak tolong mak itu ini. Biasala, cuti la katakan. :P
Adoi, Luth ketinggalan bas lagi. Agak lambat bagi Luth untuk mereviw filem ini sebab ia dah lama ditayangkan dipanggung wayang Malaysia. Apa yang Luth nak kata, kalau anda bosan dan tak tengok lagi filem nih, pegila serbu panggung wayang berdekatan. Taubat tak rugi.
Kawan Oh Kawan. Cerita ni berkisar semangat setiakawan dan perpaduan diantara satu sama lain. Tengok tu, haiwan pun pandai berpadu untuk selamatkan kawan dia yang susah, kita manusia ni suruh berpadu dan bekerjasama pun payah. Contohila cerita Ice Age 3 ni, Best! Tengok trailer Ice Age 3.
Luth bagi 5 bintang untuk filem animasi Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs. Memang lawak!
Kawan Oh Kawan. Cerita ni berkisar semangat setiakawan dan perpaduan diantara satu sama lain. Tengok tu, haiwan pun pandai berpadu untuk selamatkan kawan dia yang susah, kita manusia ni suruh berpadu dan bekerjasama pun payah. Contohila cerita Ice Age 3 ni, Best! Tengok trailer Ice Age 3.
Luth bagi 5 bintang untuk filem animasi Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs. Memang lawak!
Subscribe to:
Posts (Atom)

